Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mohd Salleh Sedia Dengar...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu Datuk Seri Panglima Dr Mohd...

Imigresen Perlu Perkenal Kaunter...

PUTRAJAYA : Perkhidmatan kaunter di semua agensi kerajaan perlu mengenal pasti jumlah pelanggan...

Zahid Mengaku Tidak Bersalah...

TEGAS... Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah atas 45 pertuduhan...

Budak Perempuan 3 Tahun...

LUMRAH kanak-kanak, adakalanya terlalu aktif sehingga menyebabkan sesuatu perkara yang tidak dijangka boleh...

7 Ditahan, Cubaan Hidupkan LTTE Di Malaysia – Polis

KUALA LUMPUR – Polis hari ini berkata tujuh individu termasuk dua ADUN DAP ditahan hari ini kerana ada pihak dari luar cuba mengaktifkan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Malaysia, selepas kumpulan pengganas itu terkubur susulan kematian pengasasnya dalam operasi ketenteraan kerajaan Sri Lanka 10 tahun lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dua ADUN DAP dari Melaka dan Negeri Sembilan itu bersama lima suspek lain berada dalam pemantauan polis sejak November lalu.

Penahanan kesemua mereka dibuat dalam operasi polis Bukit Aman di Melaka, Perak, Kedah dan Negeri Sembilan bermula pukul 9 pagi ini.

Kesemua suspek ditahan di bawah SOSMA selama 28 hari.

“Ada pihak-pihak tertentu dari luar cuba mengaktifkan LTTE di negara ini. Kami ambil tindakan untuk tangkap kerana kami tidak mahu biarkan mereka berkembang,” katanya.

Beliau berkata secara keseluruhan seramai 25 individu ditahan kerana disyaki terlibat dengan LTTE di negara ini sejak 2009.

Terdahulu, FMT melaporkan Exco Melaka yang juga ADUN Gadek, G Saminathan serta Adun Seremban Jaya, P Gunasekaren ditahan polis bersama seorang pemimpin NGO India dari Perak pagi tadi kerana dipercayai ada hubungan dengan LTTE.


Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dilaporkan berkata, tiga lelaki itu ditahan berhubung sambutan majlis “Hari Pahlawan” yang mereka hadiri tahun lalu.

Difahamkan, mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.

LTTE yang diketuai V Prabhakaran melancarkan pemberontakan untuk mewujudkan wilayah autonomi Tamil Eelam di utara Sri Lanka, apabila golongan majoriti Sinhala menindas masyarakat minoriti Tamil.

Kempen keganasan LTTE mendapat sokongan moral dan pembiayaan pelbagai pihak, termasuk diaspora Tamil yang bersimpati dengan nasib masyarakat Tamil di negara itu.

LTTE yang dilaporkan tidak aktif lagi selepas Prabhakaran terbunuh dalam operasi ketenteraan kerajaan Sri Lanka, pernah disenarai hitam sebagai kumpulan pengganas dan diharamkan lebih 30 negara, termasuk Malaysia. – FMT

Kategori