668 Rakyat Malaysia Tiba Di KLIA, 19 Bergejala COVID-19

SHAH ALAM – Seramai 668 rakyat Malaysia dari luar negara tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi enam penerbangan semalam.

Jurucakap Khas Op COVID-19 Polis Selangor, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew, berkata penerbangan terbabit dari Singapura, Doha (Qatar), Hong Kong, Narita (Jepun), London (United Kingdom) dan Surabaya (Indonesia).

“Saringan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 646 daripada keseluruhan penumpang itu adalah negatif COVID-19.

“Sementara baki 19 lagi penumpang yang bergejala dihantar ke Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Sementara itu katanya, jumlah tangkapan terkini berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi fasa ketiga bermula semalam, membabitkan 334 orang.

“Tiada lagi kompaun bagi pesalah PKP kerana mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang merebakkan jangkitan apa-apa penyakit.

“Tindakan lain juga boleh dikenakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (KK) kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, selain Seksyen 188 dan 271 akta sama serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sekiranya dikesan menyebar berita palsu,” katanya.

Mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah Kajang, Muhammad Yazid berkata ia masih diteruskan hanya di Kampung Paya Lebar Batu 23 1/2 Sungai Lui, Hulu Langat.

“Bagi penduduk di Kampung Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, seramai 3,913 penduduk membabitkan 699 rumah selesai menjalani kuarantin,” katanya. – BH Online

Loading...