Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Waris Mangsa Maut Dihempap...

KLANG - Waris keluarga pasangan suami isteri yang maut selepas kereta mereka dihempap...

Lambang Cinta Al-Sultan Abdullah,...

SELAIN kata-kata manis, pelbagai cara lain dilakukan seorang suami dalam menzahirkan perasaan cinta...

Pemilik Pertama Suara Nobita...

PEMILIK suara pertama watak Nobita dalam siri kartun popular Jepun Doraemon, Yoshiko Ota,...

Cameron Highlands Sejuk, Kenapa...

SINIS... Kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

60 Peratus Arahan Pertukaran STAGG, STAFOC, STING

GOMBAK – Sebanyak 60 peratus arahan pertukaran membabitkan Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG), Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) telah dikeluarkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, proses pembubaran masih sedang dijalankan dan perkara tersebut tidak boleh dilakukan secara sebarangan.

“Pembubaran berkenaan masih belum selesai sepenuhnya namun kita sedang berusaha menyelesaikan perkara terbabit secepat mungkin.

“Kita tidak boleh melakukan pembubaran secara sebarangan kerana kita memerlukan waran untuk melakukan penstrukturan semula,” katanya ketika sidang akhbar selepas Program Lawatan Hospital Sempena Peringatan Hari Polis Ke-212 di Hospital Selayang di sini, hari ini.

Tambahnya, dalam tempoh sebulan hingga dua bulan, pucuk pimpinan terbaharu akan diselesaikan.


Terdahulu, media sebelum ini melaporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang membubarkan beberapa pasukan khas dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai langkah penstrukturan semula badan tersebut.

Penstrukturan terbabit dilakukan bagi melakukan penambahbaikan dalam jabatan-jabatan di bawah agensi itu. – K! ONLINE

Kategori