Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Restoran Tahfiz Paksa Ikan...

DEMI memastikan keenakan hidangan ikan patinnya, sebuah restoran di Kuantan yang berkonsepkan kebajikan buat pelajar tahfiz...

Lebih 2,000 Lelaki Malaysia...

SERDANG - Lebih 2,000 lelaki di Malaysia disahkan menghidap kanser paru-paru setiap tahun,...

Suami Kongsi Foto Isteri,...

TINDAKAN seorang lelaki yang berkongsi gambar isterinya sambil memegang bayi perempuan yang sudah...

5 Kisah Paling Mengejutkan...

1. AHLONG MENGGANAS! BAKAR RUMAH & KENDERAAN MANGSA!Seorang mangsa Ahlong terpaksa hidup seperti...

60% Gadis Di Malaysia Dah Takde Dara… Ini Fakta!

BERBICARA tentang dara mungkin ada tanya balik, apakah itu dara? Dalam istilah perubatan  moden, selaput dara dikenali sebagai hymen. 

Selaput dara merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutup pintu bibir vagina perempuan atau disebut faraj dan ia memang sangat nipis.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Datuk Dr. Masitah Ibrahim pernah menyatakan bahawa lebih kurang 60% gadis di Malaysia sudah kehilangan dara sejak usia 18 tahun.

Sementara itu, 24% daripada mereka mengakui pernah melakukan hubungan seks dengan lima lelaki yang berlainan.

Hasil statistik itu dikeluarkan berdasarkan soal kaji selidik yang dilakukan kepada 2,800 gadis berusia lingkungan 18 hingga 25 tahun di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam dengan kerjasama pihak YouthSay dotcom.

Keadaan ini amat membimbangkan pelbagai pihak.

Hal ini kerana lebih kurang enam daripada 10 orang gadis yang berusia 18 tahun mengakui kehilangan dara itu rata-rata datangnya daripada kalangan yang berstatus Islam.


Pada dasarnya, soal selidik sebegini sudah biasa dilakukan di negara lain seperti Singapura. Hasilnya adalah sama seperti statistik di Malaysia.

Namun, mungkin tidak hairan sekiranya angka di negara itu adalah besar berikutan kebanyakan gadis di sana bukan beragama Islam.

Tetapi berbeza di Malaysia, di mana rata-rata gadis di sini berstatus Islam.

Hmmm… berdasarkan statistik itu kini jelas menggambarkan kebanyakan gadis pada hari ini sudah mula mengenali seks sejak usia muda.

Kebanyakannya mudah menyerahkan dara kepada pasangan masing-masing walaupun masih belum mempunyai hubungan halal antara mereka. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Kategori