Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Yang Bising Masa Saya...

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencabar individu yang sebelum ini...

Kerajaan Umum SOP, Garis...

KUALA LUMPUR : Kerajaan hari ini mengumumkan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) dan...

Keindahan Malaysia Tiada Bandingan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan keindahan Malaysia bukan...

Terowong Mega MRT Libatkan...

KUALA LUMPUR - Tatkala rakan sebaya lain selesa bekerja di pejabat berhawa dingin,...

6 Pengerusi MPP Sokong Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Seramai enam orang Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPP) PKR telah menandatangani petisyen sokongan terhadap Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan selebihnya dijangka akan berbuat demikian dalam pertemuan petang ini.

Enam daripada mereka iaitu Johari Abdul (Kedah), Amran Kamarudin (Perlis), Halim Bachik (Melaka), Azan Ismail (Terengganu), Zahir Hassan (Wilayah Persekutuan), dan Mohamad Supardi Md Noor (Kelantan).

Antara yang masih belum menandatangani petisyen tersebut adalah Pengerusi Pimpinan Negeri Selangor, Amiruddin Shaari; Pengerusi the Pimpinan Negeri Pahang, Fuziah Salleh; Pengerusi Pimpinan Negeri Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi Pimpinan Negeri Pulau Pinang, Muhammad Bakhtiar.

Selain itu mereka juga mengumumkan pembentukan Majlis Pengerusi Negeri PKR.

Penyelarasnya, Datuk Johari Abdul berkata, mereka menyokong penuh Presiden Parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyelesaikan masalah parti dan dalam masa sama pemimpin tertinggi parti itu juga perlu membantu dan mendengar masalah mereka di peringkat akar umbi.

“Ketepikan segala perbezaan dan bantu kami kerana kami yang berhadapan dengan rakyat. Kami perlu menjawab kepada rakyat berkenaan janji-janji telah dibuat dan sebagainya.


“Kita tidak kata kita diabaikan tetapi tidak cukup perhatian yang diberikan kepada kami.

“Oleh sebab itulah hari ini tertubuh majlis ini yang mana kita akan menjadi satu suara dalam memastikan agenda pembangunan di setiap negeri diberi perhatian oleh pimpinan Pusat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Satu pertemuan antara Majlis Pengerusi-pengerusi Pimpinan Negeri dengan Presiden parti akan diadakan petang ini di Port Dickson, Negeri Sembilan bagi menyatakan sokongan mereka terhadap Anwar. – UTUSAN ONLINE

Kategori