6 Kriteria WHO Sebelum Tamatkan PKP Di Zon Hijau

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu memastikan enam kriteria yang digariskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dipenuhi sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di zon hijau.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, buat masa ini pihaknya masih meneliti prosedur operasi standard (SOP) sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Kita perlu memastikan SOP siap dan boleh dipatuhi. Setakat ini, ia masih belum siap dan mungkin mengambil masa seminggu untuk melihat SOP itu.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

“Jika sudah sedia dan KKM berpuas hati, mungkin kita dapat laksanakan (menamatkan PKP).

“Namun setakat ini, belum ada keputusan lagi,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada KKM akan menamatkan PKP di zon hijau.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, antara enam kriteria itu ialah kawalan keselamatan, kawalan pergerakan, kemampuan sistem kesihatan, kemampuan melindungi golongan berisiko tinggi, mengamalkan norma baharu dan kemampuan melaksanakan langkah pencegahan dalam komuniti.

Berdasarkan rekod, dua daerah di Semenanjung iaitu Hulu Terengganu, Terengganu dan Machang, Kelantan mencatatkan sifar kes positif wabak koronavirus (Covid-19).