Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mansuh Hukuman Mati: Ada...

DEDAH... Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mendakwa tindakan beberapa pihak mahu mansuh hukuman mati...

40 Hari Gali Perigi...

New Delhi - Seorang lelaki menghabiskan 40 hari berturut-turut menggali perigi selepas isterinya...

Terengganu Komited Sokong Kepimpinan...

KUALA NERUS - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif...

Kerajaan Salur 3 Bentuk...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyediakan tiga bentuk bantuan dalam usaha membantu mangsa banjir...

6 Daerah Di Selangor Kena PKP

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daerah di Selangor bermula 6 hingga 17 Mei ini. 

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, enam daripada sembilan daerah yang dilaksanakan PKP adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang. 

“PKP bagi daerah terbabit akan berkuatkuasa 6 Mei sehingga 17 Mei manakala tiga daerah lagi iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira peningkatan mendadak kes positif Covid-19 dan bagi memutuskan rantaian jangkitan di Selangor yang mencatatkan kes harian yang tinggi sejak 20 April hingga 4 Mei lalu,” katanya dalam sidang media harian, hari ini. 

Menurutnya, pergerakan merentas negeri dan daerah bagi enam daerah itu tidak dibenarkan kecuali urusan kecemasan, kematian dan kerja. 

“Keputusan ini berdasarkan sistem Hotspot Identification by Dynamic Engagement (HIDE) yang dibangunkan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penularan jangkitan dan kes harian yang tinggi di Selangor,” katanya. – myMetro Online

Kategori