Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Dikritik Berlakon Kaku Tidak...

PETALING JATA - Fattah Amin yang sebelum ini 'dilahirkan' sebagai seorang model dan...

Arab Saudi Nafi Bunuh...

DUBAI - Arab Saudi menafikan bahawa Jamal Khashoggi dibunuh di dalam konsulat negara...

Tetap Merbahaya! Mufti Isytihar...

TREND menghisap e-rokok atau lebih dikenali sebagai vapor yang kini melanda Malaysia diisytiharkan...

Filem The Red Warrios...

KUALA LUMPUR - Filem `TRW-The Movie' yang berlatar belakangkan pasukan bola sepak Kelantan...

6 Bekas Ahli Parlimen UMNO Masuk Bersatu

PUTRAJAYA – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan penyertaan enam bekas Ahli Parlimen UMNO ke dalam parti itu.

Mereka ialah Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).

Mereka menerima kad keahlian Bersatu hari ini yang diserahkan Dr. Mahathir. Turut menerima kad keahlian parti itu ialah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin,

Pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini, Dr. Mahathir berkata Ahli Parlimen berkenaan keluar UMNO sejak sekian lama dan membuat permohonan menjadi ahli Bersatu.

Beliau yang juga Perdana Menteri menegaskan kemasukan Ahli Parlimen berkenaan bukan bermakna mereka mencari perlindungan daripada parti itu.

“Kita tidak akan memberi perlindungan terhadap apa-apa yang dilakukan dulu. Tetapi kita terima mereka sebagai ahli biasa mengikut syarat yang kita kenakan.

“Mereka akan jadi ahli biasa dan tidak boleh pegang apa-apa jawatan, tetapi mungkin menggunakan mereka untuk tugas tertentu untuk mendapatkan pendapat mereka.

“Mungkin dalam pilihan raya kita memberi peluang kepada mereka utk berkempen untuk Bersatu dan Pakatan Harapan (PH),” katanya

Dr. Mahathir berkata beliau mendapati ada usaha untuk menghidupkan UMNO semula.


Katanya, kononnya UMNO sudah dapat pemimpin baharu dan ada kemungkinan UMNO dapat hidup semula dan diperkuatkan dengan kerjasama PAS.

“Ini adalah satu fenomena yang kita lihat UMNO ini sebenarnya mengikut PAS, dulu adalah parti kafir dan PAS menolak UMNO sama sekali.

“Tetapi bila bagi untung pada PAS akan bekerjasama dengan semua kafir. Tapi kalau orang lain bekerjasama dengan kafir orang itu jadi kafir.

“Ini adalah satu kesalahan besar kerana PAS tiada hak mendakwa kononnya orang yang bukan PAS, bukan Islam. Mereka membuat satu perkara yang berdosa melanggar segala larangan yang terdapat dalam Islam melalui Al-Quran yang kita jadi panduan kita.

“Kita akan lihat bagaimana PAS sekali lagi akan bekerjasama dengan UMNO dan orang UMNO yang bekerjasama dengan PAS tidak pula minta pendapat supaya diIslamkan. Jadi kita akan lihatlah sebuah parti kafir ini akan kerjasama dengan parti Islam ini hanya kerana kepentingan politik bukan kepentingan agama negara atau bangsa,” katanya. – BH Online

Kategori