Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Hadi Gesa Wakil Rakyat...

DUNGUN - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengulangi gesaan...

Saingan 100M Lelaki Tanpa...

IPOH – Saingan acara 100 meter lelaki peringkat separuh akhir Sukan Malaysia (SSUKMA)...

KJ Harap Pembelian FC...

PUTRAJAYA - Impak positif kepada pembangunan bola sepak negara melalui pembelian kelab Itali,...

Pindaan Akta Hasutan Tidak...

MIRI - Hak Sarawak dan Sabah akan tetap dilindungi seperti termaktub dalam Perjanjian...

6 Amalan Sunat Bulan Syawal Mudah Anda Lakukan

HARI Raya Aidilfitri menandakan hari kemenangan buat umat Islam di seluruh dunia setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan.

Ia akan menjadi lebih meriah jika disambut dengan adab-adab yang telah digariskan syarak, sudah tentu bukan sahaja mendatangkan kegembiraan dan keseronokan, malah perayaan tersebut akan diberkati oleh Allah.

Oleh demikian, terdapat beberapa amalan sunat yang amat mudah kita lakukan pada hari Raya Aidilfitri.

1. Ziarah Kubur

Tiada dalil yang menyatakan sunat menziarahi kubur sebaik sahaja solat sunat hari raya Aidilfitri, akan tetapi waktu yang afdal dilakukan adalah pada hari Isnin, Khamis, Jumaat dan Sabtu.

Sunat menziarahinya serta berdoa dalam keadaan berdiri sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika menziarahi Perkuburan Baqi’. Digalakkan juga membaca surah Yasin dan ayat-ayat al-Quran yang lain seperti al-Fatihah, ayat Kursi, surah al-Takathur, surah al-Ikhlas dan sebagainya.

Rasulullah SAW sendiri telah pergi menziarahi perkuburan Baqi’ dan mengucapkan salam kepada orang yang telah mati dengan doa baginda yang bermaksud:

“Selamat sejahtera wahai penghuni rumah orang yang beriman, dan kami kelak Insya Allah akan menyusuli kamu.”

Sabda Rasulullah:

“Dahulu saya pernah melarang kamu menziarahi kubur tetapi sekarang kamu boleh menziarahinya, kerana ziarah kubur itu boleh mengingatkan kamu kepada kematian.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

2. Saling Mendoakan Antara Satu Sama Lain

Pada hari yang mulia Aidilfitri, digalakkan untuk mendoakan antara satu sam lain sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Doa boleh dilaksanakan dalam apa-apa jua keadaan. Kebiasaanya dibaca selepas solat dan boleh mendoakan seseorang ketika bertemu dengannya.

Lafaz doa yang mudah, boleh diamalkan apabila bertemu antara satu sama lain adalah:

Taqabbalallahu minna wa minkum

Ertinya: “Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu.”

3. Hadir Ke Masjid

Jika pada bulan Ramadan dapat meluangkan masa untuk hadir ke masjid tidak kira waktu berbuka, bersahur mahupun bertarawih di masjid, maka sangat bagus jika amalan ini dapat diteruskan pada bulan Syawal dan bulan-bulan seterusnya dengan istiqamah.


Selain dapat mengimarahkan masjid, kita juga dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain dalam pelbagai lapisan masyarakat.

4. Memakai Pakaian Terbaik

Musim raya sangat sinonim dengan baju raya yang menjadi keinginan buat umat Islam di Malaysia untuk mendapatkannya.

Memakai pakaian yang cantik dan kemas akan memperelokkan personaliti diri dan sebagai tanda syukur kerana diberi rezeki buat diri.

Sabda Rasulullah:

“Rasulullah SAW menyuruh kami agar memakai pakaian terbaik dan wangian terbaik yang kami miliki pada dua hari raya (Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha).” (Hadis Riwayat Al-Hakim)

5. Saling Berkunjung

Kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi adalah amalan yang baik buat bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama umat Islam.

Selari dengan nasihat Rasulullah SAW, amalan ini terkandung kebaikannya.

“Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya dan ditangguh (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraan.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

6. Puasa Sunat 6 Hari di Bulan Syawal

Terdapat tawaran istimewa buat umat Islam setelah tamat Ramadan iaitu puasa sunat selama enam hari di bulan Syawal yang diibaratkan seperti puasa sepanjang tahun.

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, lalu diiringi dengan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” (Hadis Riwayat Muslim)

Jadikan hari raya anda hari yang bermanfaat dengan diiringi amalan-amalan kebaikan.

Semoga segala amalan kita sepanjang bulan puasa diterima Allah SWT dan semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadan yang akan datang. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori