Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Azmin Ucap Tahniah Di...

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyampaikan ucapan tahniah kepada Sultan...

Projek Mega Di Sabah...

SIPITANG - Pelbagai projek mega yang sedang dan akan dilaksanakan di Sabah adalah...

Noh Omar Lepaskan Jawatan...

TANJONG KARANG - Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar, hari ini...

Najib Promosi Makanan Warisan...

KUCHING - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di Kuching...

5,709 Sembuh, 22 Kematian, 2,998 Kes Baharu COVID-19

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,998 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 272,163 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes baharu hari ini turut membabitkan sembilan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. 

Katanya, kes harian tertinggi dilaporkan di Selangor iaitu 1,382 kes diikuti Johor dengan 436 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 233 kes. 

“Sehingga kini seramai 231 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 115 daripadanya masih memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Selain itu sebanyak 41,396 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 


Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata sehingga jam 12 tengah hari tadi terdapat 22 kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini sebanyak 1,005 kes. 

Beliau turut memaklumkan, bagi kes sembuh sebanyak 5,709 kes dilaporkan. 

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 ialah sebanyak 229,762 kes. – BH Online

Kategori