Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Bidan Pengsan Selepas Sambut...

Ternyata bukan si ibu sahaja yang melalui kesukaran sewaktu proses kelahiran bayi, tapi...

Jangan Sampai Nama Kampung...

SHAH ALAM - Identiti tanah rizab Melayu di Kampung Baru tidak akan hilang...

Sultan Terengganu Pengerusi Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada Rabu mempengerusikan Mesyuarat...

Fatehah Tersingkir Seawal Pusingan...

NILAI - Pelumba trek wanita negara, Fatehah Mustapa kecundang seawal pusingan kedua acara...

563 Kes Baharu Covid-19, 2 Kematian

KUALA LUMPUR – Kes baharu jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 563 kes berbanding 561 kes semalam, dengan dua kematian direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif ialah 16,220 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 5,039 kes.

“Sabah masih mencatat jumlah kes harian tertinggi iaitu 291 kes, namun ia rendah berbanding semalam iaitu 488 kes. 

“Pulau Pinang mencatat lonjakan jumlah kes positif iaitu sebanyak 141 kes dan kesemua daripada Kluster Penjara Reman.

“Daripada jumlah kes baharu, 562 kes penularan di dalam negara membabitkan 498 kes adalah warganegara Malaysia dan 64 kes adalah bukan warganegara, manakala satu lagi adalah kes import.

“Daripada penularan tempatan, 10 kes pula adalah pengunjung yang pulang dari Sabah, sekaligus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September sebanyak 363 kes,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Berhubung kes kematian, beliau berkata, dua kematian terbaharu direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 159 kes.


“Kes kematian ke-158 (kes ke-15,947) adalah wanita berusia 85 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, jantung dan paru-paru kronik. Beliau meninggal dunia di Hospital Tawau.

“Kes kematian ke-159 (kes ke-15,948) membabitkan wanita berusia 48 tahun yang meninggal dunia di Hospital Tuaran,” katanya.

Selain itu, katanya, terdapat 98 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 29 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, terdapat 109 kes pulih pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 11,022 kes iaitu 67.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – myMetro Online

Kategori