Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Caruman KWSP, Perkeso Artis...

Kuala Lumpur : Isu membabitkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan...

Tiga Bangunan Di Perlis...

KANGAR: Tiga bangunan di Perlis iaitu Istana Arau, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)...

Ketua Balai Polis Didakwa...

Melaka : Ketua balai polis didakwa atas lima tuduhan termasuk meminta dan menerima...

Wow… Black Hadiahkan Isteri...

SUAMI mana tak sayang isteri kan.. Orang kata kalau sayangkan isteri dan sentiasa...

561 Kematian Akibat Covid-19 Dalam Tempoh Seminggu

PUTRAJAYA – Sebanyak 561 kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di negara ini dalam masa seminggu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Twitter pada Khamis berkata, tempoh itu bermula 27 Mei hingga 2 Jun 2021.

Jumlah keseluruhan kematian sejak pandemik Covid-19 dilaporkan pada Januari tahun lalu ialah sebanyak 2,993 kes.

Setakat Rabu, seramai 878 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 441 orang menggunakan ventilator.

Sebelum ini, Ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman mendedahkan bahawa kadar kematian kes Covid-19 menjelang September kemungkinan akan mencapai sebanyak 26,000 kes berdasarkan trajektori semasa.

Angka itu merupakan sembilan kali ganda daripada jumlah kumulatif kes kematian terkini. – Sinar Harian

Kategori