54 Pelombong Jade Maut Dalam Runtuhan Lumpur

NAYPYITAW – Sekurang-kurangnya 54 orang pelombong jade dikhuatiri maut selepas berlaku runtuhan lumpur ketika mereka sedang tidur di utara negeri Myanmar.

Polis berkata, runtuhan di Kachin itu begitu besar hingga mewujudkan ‘tasik lumpur’ yang ‘menelan’ tempat tinggal pekerja bersama lebih 40 kenderaan.

Tanah runtuh disebabkan perlombongan jade telah membunuh berpuluh-puluh pekerja setiap tahun.

Polis berkata, usaha menyelamat sangat sukar dan hanya tiga mayat sudah ditemui.

“Sukar menemui mangsa yang hidup sebab mereka ditenggelami lumpur,” kata polis.

Setakat ini belum dipastikan syarikat mana yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Julai tahun lalu, sebanyak 27 mayat pelombong jade ditemui selepas runtuhan lumpur berlaku di Kachin.

Industri jade yang bersempadan dengan India dan China dianggarkan bernilai lebij AS$31 bilion pada tahun 2014.

Kebanyakan mangsa selalunya adalah penduduk miskin yang melakukan kerja-kerja mencari jade yang ditinggalkan oleh syarikat besar.

Loading...