Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Syarif Sleeq Sah Bergelar...

TAHNIAH diucapkan buat anggota kumpulan Sleeq, Syarif yang telah selamat bergelar suami kepada...

Insentif Sukan SEA Dorongan...

SHAH ALAM - Ratu gimnas negara menyifatkan pemberian insentif Sukan SEA ke-30 Filipina...

Laksa Malaysia Ditawarkan Di...

KUALA LUMPUR - Penumpang Malaysia Airlines kini boleh menikmati keenakan laksa Malaysia di...

Gara-gara Alkohol Campuran Sendiri,...

KOTA MARUDU: Akibat alkohol campuran sendiri, dua pelajar kritikal manakala, 18 pelajar lagi...

52 Kanak-Kanak Sertai Program Khatan YAYSH

ALOR SETAR – Seramai 52 anak yatim menyertai program berkhatan beramai-ramai anjuran Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH).

Anggota Lembaga Pengarah YAYSH Datuk Rosli Awang berkata program itu melibatkan kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun dari tiga daerah iaitu Kota Setar, Kubang Pasu dan Padang Terap serta Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kedah.

“Ini merupakan penganjuran kali ketiga oleh YAYSH dan program ini memang dinanti-nantikan setiap kali musim cuti sekolah. Seramai 30 daripada 52 anak-anak ini akan dikhatankan di Wisma YAYSH hari ini manakala selebihnya akan berkhatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada 4 Disember nanti.

“Program ini juga dapat meningkatkan ketahanan mental anak-anak yatim dalam mengharungi cubaan serta mengeratkan hubungan sesama masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Kurniaan dan Berkhatan anjuran yayasan itu bagi tahun ini, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi YAYSH Che Puan Besar Kedah Datuk Seri Utama Hajah Haminah berkenan menyampaikan sumbangan selain menyiramkan air menggunakan hos bomba kepada anak-anak yatim yang menyertai program itu.


Sementara itu, ibu kepada seorang peserta Siti Fatimah Chik, 39, dari Taman Aman yang menemani anak keduanya Muhammad Amiruddin Zamri, 9, berkata program itu perlu diadakan setiap tahun dan dianjurkan secara percuma kerana dapat membantu keluarga yang kurang berkemampuan.

“Kalau tidak ada program macam ini, saya perlu bawa sendiri anak ke klinik atau hospital dan ia memakan kos. Tambahan pula, bila berkhatan secara beramai-ramai ini hilang sedikit gementar anak kerana ada rakan-rakan sebaya dengannya,” katanya. – BERNAMA

Kategori