Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Dayangku Intan Wanita Hebat...

KUALA LUMPUR - "DIA adalah wanita yang hebat dan mengagumkan semua orang, termasuklah...

“Itu Gambar Abang Saya,...

JERANTUT - "Itu gambar abang saya, bukan Jamal," kata adik kepada pelancong Malaysia...

PGM Sasar Empat Pemain...

KUALA LUMPUR – Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) menyasarkan bagi empat pemain Malaysia...

Penyanyi Rap Sejati Mampu...

KUALA LUMPUR - Penyanyi Altimet menganggap seorang penyanyi rap sejati akan menjadi diri...

500 Kakitangan Hospital Di Wuhan Dijangkiti Covid-19

BEIJING – Kira-kira 500 kakitangan hospital di Wuhan, China sah dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19) pada pertengahan Januari lalu.

Kebanyakannya adalah kakitangan di Hospital Wuhan Xiehe dan Hospital Renmin iaitu masing-masing mencatatkan 100 kes dan 50 kes.

Keadaan ini menyebabkan hospital mengalami kekurangan kakitangan di samping menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pekerja hospital mengenai kesihatan masing-masing.

Menurut sumber tidak mahu namanya dikenali berkata, walaupun pihak berkuasa ada melaporkan jangkitan yang berlaku dalam kalangan kakitangan hospital, namun ia tidak merangkumi secara keseluruhan.

“Bahkan, para doktor dan jururawat diminta supaya tidak menguar-uarkan perkara tersebut kepada masyarakat umum.

“Larangan itu bagaimanapun tidak dapat dijelaskan, namun pihak berkuasa sedang meningkatkan moral kakitangan perubatan.

“Lebih-lebih lagi apabila Dr. Li Wenliang meninggal dunia akibat jangkitan virus tersebut seminggu selepas menerima amaran daripada pihak polis,” lapor South China Morning Post.


Tambahnya, perkara ini membuktikan dan merupakan penanda penting bahawa mudahnya virus itu disebarkan dan boleh menyebabkan risiko kepada hospital.

Sementara itu, seorang doktor di hospital utama di Wuhan yang enggan namanya dikenali berkata, ramai kakitangannya sedih apabila melihat Imbasan Tomografi Berkomputer (CAT) rakan-rakan yang dijangkiti novel Covid-19.

“Kami di sini amat merayu sumbangan derma barangan keperluan perubatan terutamanya sut bahan berbahaya (Hazmat).

“Kawasan kuarantin yang menempatkan kakitangan perubatan yang sakit ketika ini juga sudah penuh. Terlalu ramai rakan kami yang jatuh sakit kerana tiada perlindungan sepenuhnya,” katanya. – Agensi

Kategori