Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pengundi Gombak Fail Kebenaran...

Sepuluh pengundi berdaftar kawasan Parlimen Gombak memfailkan kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan...

SK Damak, Jerantut Ditutup...

KUANTAN - Seramai 368 pelajar dan 32 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Damak, Jerantut...

JTK Sedia Bekerjasama Melatih...

GERIK – Jabatan Tenaga Kerja (JTK) sedia bekerjasama dengan mana-mana yayasan dan badan...

Abaikan Undang-Undang Islam, Siapa...

KUALA LUMPUR - "Rakyat Malaysia terlalu obses kepada undang-undang Islam, apa yang perlu...

5 Warga Malaysia Kemalangan Di Mesir Stabil

PUTRAJAYA – Semua lima mangsa warga Malaysia yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Mesir, kelmarin, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Kementerian Luar Negeri menerusi kenyataan hari ini berkata, semua mangsa dipindahkan ke Suez Hospital for Health Insurance dan Sheikh Zayed Specialised Hospital untuk menerima rawatan lanjut.

“Pegawai-pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah melawat konsular bagi menemui mangsa yang terbabit bagi menghulurkan bantuan konsular sewajarnya.

“Kementerian Luar Negeri juga ingin mengesahkan bahawa tiada warganegara Malaysia yang terkorban dalam insiden berkenaan,” kata kenyataan itu.

Semalam, Kementerian Luar Negeri berkata, semua mangsa dari satu keluarga, terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan dari Hurghada ke Kaherah pada jam 11 pagi waktu tempatan.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Suez Canal Hospital serta Children Hospital, Kaherah bagi menerima rawatan.


Terdahulu, AFP melaporkan dua pelancong Malaysia maut dalam kemalangan bas dengan sebuah trak di jalan menuju Laut Merah, kelmarin.

Laporan AFP yang memetik sumber dari hospital menyebut, seorang lelaki warga India dan tiga warga Mesir turut maut dalam kemalangan ke resort Ain Sokhna itu.

Bagaimanapun, difahamkan dua mangsa yang dikatakan warga Malaysia terbabit sebenarnya ialah warganegara India. – BH Online

Kategori