Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Mira Filzah Akui Selesa,...

MODEL dan pelakon, Mira Filzah akui bahawa dia senang berkawan dengan pelakon komedi,...

Piala AFC: JDT Berdepan...

PETALING JAYA - Juara bertahan Piala AFC, Johor Darul Ta'zim (JDT) dijangka tidak...

Haram Gelar Nabi Muhammad...

IPOH - Perbuatan menggelar Nabi Muhammad SAW dengan sebarang nama panggilan yang tidak...

Glik Dapat Lampu Hijau...

PARIS - Pertahanan Poland, Kamil Glik mendapat pelepasan kelabnya, Monaco untuk beraksi di...

5 Sekeluarga Ditembak Mati Penjenayah Di Mexico

MEXICO CITY – Sepasang suami isteri dan tiga anak mereka dibunuh di barat Mexico, kata pendakwa tempatan sekali gus kes pembunuhan keluarga yang kelima dalam masa dua minggu.

Kumpulan penjenayah Mexico sebelum ini mengelak daripada menyasarkan anggota keluarga pesaing mereka.

Namun sejak beberapa minggu ini, penyerang turut menembak mati bapa, ibu dan kanak-kanak sewenang-wenangnya.

Pendakwa negeri Michoacan berkata, pembunuhan terbaharu berlaku di bandar raya Arteaga, yang pernah menjadi ibu pejabat ketua kartel dadah Knights Templar.

Seorang terselamat dalam serangan dilancarkan penyerang tidak dikenali, dan kini dirawat di hospital.


Minggu ini, di negeri Oaxaca, seorang lelaki, wanita dan anak lelaki mereka ditembak mati di bandar raya Juchitan.

Pejabat pendakwa berkata, surat bertulis tangan yang ditinggalkan di lokasi menunjukkan pembunuhan itu ada kaitan dengan perbalahan antara kumpulan penjenayah. – AP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori