5 Ribut Tropika Melanda Seluruh Dunia

WASHINGTON – Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) mengeluarkan imej memaparkan lima ribut tropika yang bergerak di Lautan Atlantik dan Pasifik sejak minggu lalu.

Taufan Dorian dan Juliette bersama ribut tropika Fernand dan Gabrielle membentuk rantaian aktiviti siklon di seluruh hemisfera barat.

Di kawasan barat laut Pasifik, NASA turut mengambil imej infra merah ribut tropika yang baharu diberi nama Faxai sudah merentasi barat daya Pasifik selama beberapa hari.

Ia mendedahkan suhu pada bahagian permukaan atas awan ribut yang digunakan untuk menentukan intensiti ribut tersebut.

Kesemua imej rantaian aktiviti siklon itu diambil menggunakan Geostationary Operational Environmental Satellite juga dikenali sebagai GOES-16 pada 4 September lalu beberapa hari selepas Taufan Dorian menyebabkan kemusnahan besar terhadap Bahamas.

Dua satelit NASA digelar Terra dan Aqua ditugaskan untuk mengkaji ribut terbabit dengan lampu infra merah untuk meneliti suhunya.

Hurikan Juliette ditakrifkan sebagai Ribut Kategori Dua yang membawa angin kencang sehingga 161 kilometer sejam di Atlantik dan Pasifik Timur.

Selain itu, Ribut Tropika Fernand yang membawa angin kencang sehingga 72km sejam turut melanda timur laut Mexico sebelum ia menghilang.

Sementara itu, di seberang Atlantik, di luar pantai Afrika, Ribut Tropika Gabrielle membawa angin kencang 80km sejam sudah dinaikkan daripada status sebelum ini yang digelar sebagai kemurungan tropika. – Agensi

Loading...