Tuesday, April 23, 2024

Creating liberating content

Jambatan Angkat Terengganu Siap...

KUALA NERUS - Jambatan angkat yang menghubungkan Kuala Terengganu Selatan dengan Seberang Takir,...

Saman Fitnah Husam Terhadap...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak dengan kos tuntutan...

Kemerosotan Ekonomi Dunia Tingkat...

LANGKAWI - Peningkatan penyertaan dalam Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2015 (LIMA'15)...

Penahanan 7 Lelaki Selesaikan...

SHAH ALAM - Polis Selangor berjaya menyelesaikan lapan kes samun kedai emas di sekitar negeri...

5 Parah Nahas Bas Ekspres Di Jalan Telupid

BELURAN – Lima penumpang parah dan 16 lagi cedera ringan selepas sebuah bas ekspres terbabas di Kilometer 86 Jalan Beluran-Telupid malam tadi.

Ketua Polis Daerah Beluran, Supt. Sivanathan Velautham berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam tadi, bas ekspres itu dengan penumpang seramai 21 orang, dalam perjalanan dari Semporna menuju ke Kota Kinabalu.

Menurut siasatan awal polis, bas itu terbabas ketika cuba mengelak sebuah kenderaan dari arah bertentangan yang masuk ke laluannya dan pemandu bas ekspres itu cuba mengelak kenderaan berkenaan lantas hilang kawalan dan berpusing sebanyak tiga kali sebelum terbabas ke sebelah kanan jalan.

Kesemua penumpang yang mengalami cedera parah dibawa ambulans ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut, katanya dalam kenyataan hari ini. Penumpang yang cedera ringan dihantar ke Hospital Telupid.

Beliau berkata pemandu bas itu membuat laporan di Balai Polis Telupid dan sampel darahnya turut diambil untuk diuji. – BERNAMA

Kategori