Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

DUN Melaka Turut Dibubar...

MELAKA - Dewan Undangan Negeri Melaka dibubar esok bagi membolehkan Pilihan Raya Umum...

86 Mesin Judi, Wang...

BAGAN SERAI - Sebanyak 86 mesin judi disita selain wang tunai RM2,730 dirampas...

Ikhwan Tamatkan Zaman Bujang...

PENGACARA dan penyampai radio Kool FM, Ikhwan bakal menamatkan zaman bujang dengan wanita...

Semak Semula Lanjutan Konsesi...

SHAH ALAM - PAS meminta kerajaan Persekutuan menyemak semula tempoh lanjutan 20 tahun...

5 Orang Sudah Beri Keterangan Kes Beng Hock

PASUKAN Siasatan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah merakam keterangan lima individu bagi membantu siasatan mendiang Teoh Beng Hock.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, lima individu itu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah dan Peguam M Manoharan yang juga bekas ADUN Kota Alam Shah.

Menurutnya, pihaknya juga akan memanggil Tricia Yeoh yang membangkitkan isu-isu di dalam artikel sebuah media cetak bertarikh 17 Julai lalu bagi membantu siasatan.

“Turut akan dipanggil beberapa saksi awam termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan lanjut untuk rakaman percakapan dalam masa terdekat ini.

“Selepas itu, kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Noor Azam berkata, Pasukan Siasatan Khas itu ditubuhkan selepas Peguam Negara mengarahkan kes kematian mengejutkan Teoh disiasat semula mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan (kurungan salah).


“Ia susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa kematian mendiang adalah kesalahan jenayah.

“Punca mendiang jatuh dari bangunan disebabkan tindakan, menyalahi undang-undang,” katanya.

Beliau berkata, punca kejadian didorong oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali termasuk pegawai SPRM dan mendiang ditahan secara konstruktif. – myMetro Online

Kategori