Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

2 Ditahan Ajar 3...

DUA wanita ditahan selepas mereka didakwa merakam video adegan tiga kanak-kanak diajar menghisap...

Lebih Banyak Stadium Bakal...

KUALA LUMPUR - Lebih banyak stadium dan gelanggang sukan di bawah pengurusan Perbadanan...

Pantau, Banteras Samseng Jalanan...

Georgetown : Sebanyak 119 motosikal disita kerana disyaki terbabit dalam aktiviti samseng jalanan...

“Saya Masih Menteri Besar”...

DATUK Seri Mukhriz Mahathir mengaku masih memegang jawatan Menteri Besar dan kerajaan negeri...

5 Kluster Baharu Covid-19 Dikenal Pasti

KUALA LUMPUR – Lima kluster baharu Covid-19 dikenal pasti hari ini membabitkan tiga kluster tempat kerja serta masing-masing satu berkaitan komuniti pusat tahanan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tempat kerja adalah Teknologi Tenggara dan Jalan Masyhur Enam di Johor serta Tapak Bina Jalan Kenangan, Selangor.

Katanya, kluster pusat tahanan pula adalah di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Machap Umboo, Melaka manakala kluster komuniti di Jambatan Satu Bombalai, Sabah.

“Jumlah kluster setakat ini adalah 1,222 dan jumlah kluster yang sudah tamat adalah 782 kluster termasuk 14 kluster yang tamat pada hari ini.

“Kluster itu ialah Kluster Dialisis Masjid Tanah, Kluster Taman Bukit Petaling, Kluster Yayasan, Kluster Kampung Tanjung Selabu, Kluster Jalan Raja Muar, Kluster Jalan Berhala, Kluster Sri Menanti, Kluster Jalan Pengiran, Kluster Lebuh Karak, Kluster Tapak Bina Jalan Puchong, Kluster Tapak Bina Jalan Chulan, Kluster Sri Muda, Kluster Taman Murni dan Kluster Taman Ikan Jinak,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Beliau berkata, jumlah kluster aktif adalah 440 kluster manakala jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu hari ini adalah 65 kluster.

Katanya, kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi ialah Kluster Tapak Bina Queens Waterfront sebanyak 70 kes, Kluster Industri Sungai Gadut (68 kes) dan Kluster DTI Machap Umboo (67 kes). – myMetro Online

Kategori