Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cakra Khan Ditipu 1...

JAKARTA - Penyanyi kelahiran Indonesia, Cakra Khan mengaku dirinya sebagai seorang penggila permainan...

Sistem Bil Bersama Air...

SHAH ALAM - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli bercadang untuk melaksanakan sistem...

Abu Mayat Mangsa Gempa...

GEORGETOWN - Abu mayat mangsa gempa bumi di Sabah, Lim Choon Seong selamat...

Rumah Pengasas Imam Muda...

Bukan rahsia lagi, zaman moden bukan petanda kurangnya golongan manusia yang menggunakan ilmu...

5 Kematian, Kes Baharu Covid-19 Melonjak 847

KUALA LUMPUR – Tidak sampai 24 jam mencatatkan penurunan kes 732 kes semalam, angka kes baharu Covid-19 di Malaysia kembali melonjak kepada 847 kes, setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, rekod itu menjadikan jumlah kes positif sebanyak 23,804 kes.

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 8,183 kes dan mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan.

“Daripada 847 kes baharu yang dilaporkan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dilaporkan di Selangor.

“Semuanya membabitkan bukan warganegara iaitu dari India (empat kes) dan satu kes dari Amerika Syarikat,” katanya pada sidang media harian Covid-19, hari ini.

Beliau berkata, terdapat lima pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia mencecah sebanyak 204 kes.

“Sehingga kini, terdapat 90 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan 29 kes memerlukan bantuan pernafasan.


“Pada hari ini, Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 578 kes (68.2 peratus). Manakala negeri di Lembah Klang pula mencatatkan pertambahan sebanyak 164 kes,” katanya.

Katanya, sebanyak 13 kes pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Reman, Kluster Tembok dan saringan di Penjara Taiping dan Penjara Tapah.

“Kes ini sememangnya terasing dan tidak menjangkiti masyarakat.

“Sebanyak 11 kes adalah pengunjung yang pulang dari Sabah yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 465 kes,” katanya. – myMetro Online

Kategori