5 Kawasan Hampiri IPU Tidak Sihat

KUALA LUMPUR – Sebanyak lima kawasan terutamanya di pantai timur Semenanjung mencatatkan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menghampiri kategori tidak sihat.

Lima kawasan berkenaan iaitu Indera Mahkota, Balok Baru dan Temerloh di Pahang serta dua kawasan lagi di Terengganu iaitu Paka dan Kemaman.

Berdasarkan bacaan terkini IPU di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), sehingga pukul 3 petang ini Indera Mahkota merekodkan IPU setinggi 97 dan Paka pada tahap 90 manakala Balok Baru, Temerloh dan Kemaman masing-masing mencatatkan bacaan 81, 83 dan 84.

Kuala Terengganu masih mencatatkan bacaan IPU pada kategori tidak sihat iaitu 114 dan hanya Tawau mempunyai kadar udara pada kategori baik iaitu 30.

Sebanyak 61 kawasan lain seluruh negara mencatatkan bacaan sederhana.

Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Masalah jerebu dikesan mula melanda negara susulan kebakaran hutan di enam wilayah Indonesia, semalam.

Loading...