5 Insta Femes Jadi Bintang Iklan Bersama Fattah Amin

PERGH! Gempaq satu Malaya. Apa tidaknya, dapat berlakon iklan di sisi hero jutaan wanita, Fattah Amin.

Ini Pengalaman berharga untuk lima gadis remaja Insta Femes yang kini menyertai program Hijabista TV AlHijrah.

Insta Femes Hijabista dan Fattah Amin beraksi untuk iklan produk jenama Maydan.

Kelima-lima Insta femes Balqis Othman, Farah Farhana, Shazlin Zainal, Ayu Hariss dan Yuna Zainal bergabung dalam iklan TV Maydan terbaru yang akan ditayangkan di TV AlHijrah tidak lama lagi.

“Penampilan dalam iklan TV merupakan satu pendedahan baru untuk kelima-lima Hijabista apatah lagi bergandingan dengan Fattah Amin yang juga merupakan jurucakap produk kami,” kata pemilik Maydan, Haji Narhamdan Abd Malek.

Idea ini sememangnya dibuat sebagai sebahagian daripada tugasan yang disediakan oleh Maydan sebagai persediaan untuk lima Hijabista menjadi jurucakap produk mereka.

Salah seorang daripada peserta Hijabista, Yuna Zainal berkata “saya memang biasa dengan fotoshoot, begitu juga kawan-kawan lain cuma penggambaran untuk iklan TV, ini kali pertama.

“Peluang bekerja dengan selebriti yang jauh lebih berpengalaman sememangnya pengalaman yang sangat kami hargai kerana sebelum ini aktiviti kami lebih di banyak di platform media sosial. Jadi kesempatan seperti ini memang kami hargai.”

Penggambaran iklan ini dibuat khusus untuk kempen terbaru syampu Maydan untuk siaran eksklusif di TV AlHijrah.

Selain syampu Maydan juga turut mengeluarkan Q-Tab tablet yang bertindak seiring untuk kesihatan dan kecantikan rambut.

Untuk mengikuti aktiviti mingguan Hijabista jangan lupa menonton program Assalamualaikum@9 setiap Rabu dan Khamis, 9 pagi. – MYNEWSHUB.CC

Loading...