5 Hari Tayangan Boboiboy Movie 2 Kutip RM9.9 Juta

KUALA LUMPUR – Filem animasi tempatan Boboiboy Movie 2 (BBBM2) berjaya mencatat kutipan sebanyak sebanyak RM9.9 juta selepas lima hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abdul Razak, yang juga merupakan penerbit serta pengarah filem BBBM2, dia tidak menyangka BBBM 2 mampu mencatat kutipan setinggi itu.

“Saya berasa begitu teruja dan tidak menyangka kutipan BBBM2 boleh mencecah RM9.9 juta dalam tempoh lima hari sahaja.

“Filem Boboiboy yang pertama memerlukan 13 hari untuk mendapat jumlah yang sama. Ini menunjukkan penonton di Malaysia sudah menerima dan menyokong animasi tempatan,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Nizam turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang telah menonton dan memberikan komen dan reviu yang sangat positif. 

Tambahnya lagi, komen-komen yang diterima  daripada penonton pelbagai bangsa sekali gus membuktikan BBBM2 sebuah filem yang diterima oleh semua lapisan masyarakat. 

Bagi Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Jastina Raja Arshad, berita tersebut adalah satu impak yang positif dalam perkembangan perfileman tempatan.

“Walaupun terdapat filem antarabangsa yang ditayangkan, filem BBBM2 masih mendapat tempat di hati penonton, Oleh itu, kami sangat berterima kasih kepada mereka yang telah menonton BBBM 2,” katanya lagi. – K! ONLINE

Loading...