Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tiada Kaki Hanya Ada...

Dilahirkan cacat bukanlah alasan untuk tidak mahu berusaha.Di Indonesia, seorang lelaki bernama Gandirun...

Harimau Spesis Terancam Mati...

NEW DELHI - Seekor harimau daripada spesies yang terancam mati tersepit jengkaut ketika...

Pujukan Abang Bomba Gagalkan...

KECEKAPAN anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh tidak dapat disangkal lagi apabila berjaya...

Dadah: Mat Sabu Enggan...

ALOR SETAR - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, menegaskan tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan...

5 Ditahan Polis Pasang Bendera Malaysia Terbalik

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori sampah dan empat pekerja warga Bangladesh hari ini ditahan, berhubung bendera Malaysia yang dipasang secara terbalik di hadapan lori mereka.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Arifai Tarawe berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada seorang lelaki berumur 36 tahun, berhubung perkara itu.

Beliau berkata, pengadu telah menahan lori berkenaan dan menegur pemandu serta merakam insiden itu di hadapan sebuah masjid di Bandar Country Homes di Rawang, di sini, hari ini, sebelum ia menjadi tular di media sosial.

“Ekoran itu, pengadu kemudiannya telah membuat laporan polis dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Sekyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 15(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

“Selain pemandu lori berumur 48 tahun ditahan, turut ditahan adalah empat lelaki warga Bangladesh yang merupakan pekerja syarikat yang sama, berumur lingkungan 30 hingga 43 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Arifai berkata, kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan akan direman. – BERNAMA

Kategori