Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

George Town Dipilih Sertai...

GEORGE TOWN - Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) memilih...

Tahap Pematuhan Perintah Kawalan...

PUTRAJAYA - Penglibatan pasukan Angkatan Tentera Malaysia mulai semalam telah meningkatkan tahap pematuhan Perintah...

DEUM Nafi Beri 800,000...

SHAH ALAM - Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia (DEUM) menafikan dakwaan kononnya badan itu...

Model Dibidas, Tiada Rasa...

KETIKA berpuluh ribu orang sedang membangunkan semula kehidupan mereka selepas dilanda taufan Irma,...

5 Anak Syarikat Nafas Dihentikan Sementara

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) telah menghentikan sementara perniagaan lima anak syarikatnya yang tidak berdaya maju, bagi membolehkan kajian semula dilakukan untuk menentukan sama ada syarikat tersebut boleh diteruskan atau sebaliknya.

Pengerusi Nafas, Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, tindakan itu dibuat sejak bulan lalu selepas pihaknya mendapati syarikat-syarikat itu, tidak menjalankan sebarang perniagaan selain mengalami kerugian berterusan.

“Ada antara syarikat terbabit terlibat dalam perdagangan yang ‘tidak pasti’ dengan sebuah syarikat di India dan menjalankan usahasama dalam bidang pendidikan diploma dengan sebuah universiti di Kuala Lumpur yang tidak mendapat sambutan.

“Buat masa ini syarikat ini kita tidak tutup cuma kita hentikan perniagaan sementara bermula bulan lalu, untuk kita kaji semula sama ada akan teruskan ataupun kita berhentikan perniagaan tersebut,” katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar Pertubuhan Peladang, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu di sini semalam.

Phahrolrazi yang juga ADUN Alor Mengkudu berkata, langkah menghentikan sementara perniagaan lima daripada 11 anak syarikat Nafas itu juga merupakan sebahagian daripada usaha menyusun semula tadbir urus pertubuhan itu dan syarikat di bawahnya.

Kategori