Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Terjemahan Al-Qur’an Tanpa Ayat...

GOPENG -- Terjemahan al-Quran tanpa disertakan dengan ayat asal diharamkan walaupun ia bagi...

Khairy Dilantik Sebulat Suara...

PUTRAJAYA: Mesyuarat Lembaga Eksekutif Ke-151 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersetuju melantik Menteri Kesihatan,...

Video: Tragis… Bayi 4...

SHANGHAI - Seorang bayi lelaki berusia empat bulan maut setelah terjatuh pada ketinggian...

Moyes Terkejut Hart Tersilap...

PENGURUS West Ham United, David Moyes berkata, dia terkejut dengan kesilapan yang dilakukan...

492 Jemaah Terakhir Tiba Di KLIA

PUTRAJAYA – Kumpulan terakhir seramai 492 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dekat sini, hari ini.

Lembaga Tabung Haji (TH), dalam kenyataan, berkata penerbangan FLYNAS XY7710 yang membawa kumpulan terakhir itu bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz di Madinah dan tiba di tanah air awal pagi ini.

Susulan ketibaan kumpulan terakhir tersebut, TH telah menamatkan operasi bagi musim haji 1439H/2018M.

Menurutnya, operasi haji pada tahun ini telah menggunakan sebanyak 81 penerbangan sewa khas yang membabitkan 40 pesawat Malaysia Airlines dan 41 pesawat Flynas.

Dalam pada itu, TH berkata seramai tiga jemaah haji masih menerima rawatan di hospital Arab Saudi.


“Kesemua jemaah haji ini dipantau dengan rapi oleh Pejabat TH Jeddah dan akan dibawa pulang setelah dibenarkan oleh pihak hospital,” katanya. – BERNAMA

Kategori