4,782 Kes Baharu Covid-19

15

KUALA LUMPUR – Jumlah kes baharu Covid-19 menurun ke bawah 5,000 kes dengan 4,782 kes dilaporkan hari ini berbanding 5,666 kes direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia ialah 2,436,498 kes setakat ini.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data kes akan dikemas kini setiap hari selepas tengah malam. – myMetro Online