Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

DAP Ada Agenda Halus...

KUALA LUMPUR - UMNO mendakwa DAP mempunyai agenda tersembunyi yang dibuat secara halus...

Kes Pelajar Gaduh Di...

BEREBUT lelaki dipercayai merupakan punca pergaduhan sekumpulan pelajar membelasah seorang pelajar perempuan di...

Lelaki Vietnam Ditahan Samun...

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki Vietnam ditahan selepas menyamun seorang pekerja kilang yang...

Sarawak Pikat Komuniti Global...

KUCHING - Ekonomi digital akan menjadi platform kukuh dan pemangkin bagi Sarawak untuk...

463 Kes Kematian Akibat Covid-19

PUTRAJAYA – Terdapat 463 kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan, menurut laman sesawang CovidNow yang dikemas kini pada jam 11.59 malam Selasa.

Bagaimanapun, daripada jumlah itu, hanya tiga kematian sebenar dicatatkan dengan purata kematian dalam tempoh tujuh hari ialah 104 kes.

Daripada jumlah itu, sejumlah 108 kes merupakan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) menjadikan jumlah keseluruhannya ialah sebanyak 4,066 kes.

“Jumlah kumulatif kematian adalah 21,587 kes,” menurut data dalam laman sesawang terbabit.

Berdasarkan graf yang dipaparkan di laman sesawang itu juga mendapati rata-rata di semua negeri kes kematian sebenar adalah menunjukkan penurunan.

Sebanyak 225,277 kes aktif di seluruh negara membabitkan 186,094 individu yang dikuarantinkan di rumah dan 25,238 kes dirawat di pusat rawatan dan kuarantin Covid-19 (PKRC) sementara, manakala 12,703 lagi dirawat di hospital.


Seramai 550 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 692 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Bagi tempoh sama, seramai 17,653,079 individu telah lengkap suntikan dos vaksin termasuk penerima dos tunggal dan 21,649,228 orang menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Jumlah dos yang diberikan pada Selasa ialah 243,971 dengan 71,658 individu menerima suntikan pertama dan 172,313 penerima dos kedua. – Sinar Harian

Kategori