46 Lokasi Baharu Berpotensi Jadi Sumber Pencemaran

ISKANDAR PUTERI – Sebanyak 46 lokasi baharu berpotensi menjadi sumber pencemaran dikenalpasti daripada satelit data di zon perindustrian di Pasir Gudang dekat sini.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, 46 lokasi itu terdiri daripada pusat pelupusan sampah domestik dan pusat pembuangan sisa berjadual.

“Lokasi itu berpotensi menjadi sumber pencemaran mengikut satelit data dan kita dah tengok juga melalui dron sebelum kita hantar orang untuk tengok.

“Yang itu kita akan serahkan kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya selepas taklimat berhubung kes pembuangan haram sisa kimia di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Bee Yin berkata, pihaknya akan menyerahkan senarai tersebut kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat. – K! ONLINE

Loading...