Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

JKR Buka Laluan Alternatif...

GUA MUSANG : Jabatan Kerja Raya (JKR) akan melakukan penyuraian trafik di laluan...

Laporan Polis Mewakili Suara...

PETALING JAYA - Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun hari ini tampil...

Malaysia Tuan Rumah Kejohanan...

KUALA LUMPUR - Selepas 15 tahun, Malaysia kembali menganjurkan Kejohanan Ping Pong Berpasukan...

Kes Rabies Dikesan Di...

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) hari ini melaksanakan pemvaksinan anjing-anjing bertuan di...

4,571 Positif Covid-19, 17 Kematian Hari Ini

KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,571 kes positif Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 231,483 kes.

Pada masa sama, selain 17 kematian baru, 4,092 kes pulih turut dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, tiga adalah kes import manakala 4,568 membabitkan penularan tempatan.

“Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu 2,056 kes diikuti Johor dengan 664 kes dan 481 kes bagi Kuala Lumpur,” katanya pada kenyataan.

Sebanyak 287 kes dilaporkan adalah berkaitan kluster di penjara dan depot tahanan Imigresen.

Ia membabitkan 79 kes bagi Kluster Tembok Taiping, Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (65 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (tiga kes), Kluster Tembok Bukit Besi (dua kes) dan masing-masing satu kes bagi Kluster Tembok Pengkalan Chepa, Kluster Matambai serta Kluster Penjara Kepayan.


Dr Noor Hisham berkata, 308 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 135 kes memerlukan bantuan pernafasan. 

“Tujuh belas kematian yang dilaporkan membabitkan empat kes di Selangor, masing-masing tiga kes di Sarawak dan Sabah, dua kes di Johor dan Pahang serta masing-masing satu kes di Melaka, Kelantan dan Negeri Sembilan. 

“Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 826 kes,” katanya. – myMetro Online

Kategori