Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Monyet Teraniaya Balas Dendam...

RASAKAN... Seekor monyet telah balas dendam kepada seorang lelaki yang cuba membulinya dengan...

UMNO Fail Permohonan Batal...

KUALA LUMPUR - UMNO memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula bekas ahli Wanita...

Bantah Kerajaan Filipina Dengan...

MENGEJUTKAN dan memalukan namun bagi 90 pelajar lelaki di Filipina ini, berlari bogel...

Sistem Parkir Berkupon Dilaksana...

KANGAR - Sistem tempat letak kereta berkupon akan dilaksanakan di Kangar, Arau dan...

445,641 Calon Bakal Duduki UPSR

PUTRAJAYA – Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019 akan dijalankan pada 4, 5, 10, 11 dan 12 September ini.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini, berkata seramai 445,641 calon mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,076 pusat peperiksaan di seluruh negara.

“Calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan membabitkan 434,177 orang, manakala sekolah swasta seramai 11,464 orang.

“Seramai 53,242 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, calon diingatkan supaya merujuk jadual waktu peperiksaan UPSR 2019 untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi ketika peperiksaan berlangsung.


“Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan di alamat lp.moe.gov.my.

“Calon juga diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri (MyKad atau MyKid atau Borang Pengenalan Diri Calon atau Surat Perakuan Pengenalan Diri) ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar,” katanya. – BH Online

Kategori