Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Pendeposit Kena Tunggu 83...

KUALA LUMPUR - Pendeposit Tabung Haji (TH) yang mengeluarkan deposit daftar haji bersama...

Guna Telefon Ganggu Fokus...

KUALA LUMPUR - Budaya menggunakan telefon bimbit ketika memandu secara tidak langsung boleh...

Komitmen Lain Halang Saya...

IPOH - Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu hari ini menjelaskan komitmen yang...

PAS Muktamad Tolak Kerjasama...

MARANG - Apa yang ditunggu-tunggu sudah terjawab... PAS akhirnya memutuskan untuk tidak bekerjasama...

432 Kes Baharu Covid-19, Tertinggi Direkodkan

PUTRAJAYA – Penularan Covid-19 dalam negara terus menunjukkan angka tinggi dengan merekodkan 432 kes hari ini, iaitu jumlah paling tinggi direkodkan di negara ini menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 12,813 kes dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 2,336 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes baharu dilaporkan itu, hanya tiga kes import membabitkan dua warganegara dan seorang bukan warganegara, manakala selebihnya adalah penularan tempatan.

Beliau berkata, daripada 432 kes penularan di dalam negara, 409 kes dikesan dalam kalangan warganegara dan 20 kes bukan warganegara.

Katanya, ada 57 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 10,340 kes.

“Sehingga kini, 32 pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan lapan daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 137 kes. – myMetro Online

Kategori