421,479 Dos Suntikan Vaksin Diberikan Semalam

KUALA LUMPUR – Sebanyak 421,479 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam, jumlah tertinggi pernah diberikan dalam sehari.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 157,445 adalah dos kedua.

Sebelum ini, jumlah tertinggi untuk pemberian suntikan vaksin COVID-19 dalam sehari adalah 376,909 dos pada 9 Julai lalu. – BERNAMA