42 Ahli Parlimen DAP Sokong Anwar – Guan Eng

GEORGETOWN – Semua 42 Ahli Parlimen DAP akan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri jika Presiden PKR itu mempunyai cukup sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan. 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata parti itu ambil maklum pengumuman Anwar hari ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu. 

“Selaras keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum ini, semua 42 Ahli Parlimen DAP akan menyokong Anwar sebagai perdana menteri jika beliau mempunyai sokongan membentuk kerajaan baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Anwar dalam sidang media hari ini mendakwa mempunyai majoriti yang kukuh dan meyakinkan untuk membentuk kerajaan. Sokongan itu terdiri daripada pelbagai parti, namun tidak mendedahkan jumlah sebenar Ahli Parlimen yang terbabit menyatakan sokongan terhadapnya. – BH Online

Loading...