Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bayaran Fasa Kedua BPN...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengumumkan tarikh pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional...

Tiada Keperluan Henti Penerbangan...

PUTRAJAYA - Tiada keperluan untuk menghentikan penerbangan daripada seluruh China susulan larangan dikeluarkan...

Khidmat Apandi Ali Disambung...

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Peguam Negara telah...

Mangsa Terkandas Dakwa ‘Taukeh’...

SEORANG mangsa yang terkandas di Monorovia, Liberia sejak 4 Februari lalu menceritakan mereka...

412 PPV Untuk PICKids Secara Walk-In

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan menambah sebanyak 412 pusat pemberian vaksin (PPV) bagi melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) secara walk-in di seluruh negara bagi kemudahan ibu bapa.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, semasa cuti sekolah ini, ibu bapa yang belum mempunyai janji temu vaksinasi untuk anak-anak berusia lima hingga bawah 12 tahun digalakkan membawanya ke PPV berdekatan secara walk-in untuk menerima vaksinasi.

Katanya, sekiranya kuota vaksinasi untuk kanak-kanak pada hari tersebut habis di PPV yang dihadiri, ibu bapa boleh memilih untuk datang semula PPV itu keesokan hari atau boleh mendaftarkan anak untuk dapatkan slot vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera.

“Senarai PPV walk-in untuk PICKids dan dos penggalak, mengikut negeri dilampirkan untuk rujukan ibu bapa. Ibu bapa yang mendaftarkan anak untuk menerima vaksin akan menerima pautan tempahan janji temu.

“Melalui pautan ini, mereka boleh memilih tarikh dan lokasi vaksinasi mengikut kesesuaian waktu ibu bapa atau penjaga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Sementara itu, beliau berkata, sehingga 1 Mac lalu, seramai 904,368 orang (25.5 peratus) kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 menerusi PICKids yang bermula sejak 3 Februari lepas.

Katanya, pelaksanaan secara walk-in pula bermula 1 Mac lalu di beberapa PPV di Lembah Klang iaitu PPV WTC, PPV Axiata, PPV IDCC dan PPV Soka Gakkai.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori