Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Tumpas Sindiket ‘Love...

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia menumpaskan 38 sindiket ‘Love Scam’ dengan rangkaian...

Tragis, Pelancong Maut Terkena...

HASRAT seorang pesara menghabiskan usia tuanya dengan mengembara dan menikmati pemandangan di sebuah gunung...

Viral Foto Bogel Tersebar:...

SEBELUM ini pernah tercetus dakwaan mengatakan terdapat sebuah video terlarang yang mengaitkan diri...

Wanita Kerugian 127,000 Ditipu...

KUANTAN - Gara-gara terlalu percaya akan rakan lelakinya, seorang wanita berusia 30 tahun...

4,092 Iklan Along Diturunkan MBJB Sepanjang Oktober

JOHOR BAHRU – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menurunkan 4,092 iklan pinjaman haram ‘along’ yang diletakkan di kawasan tidak dibenarkan di sekitar bandar raya ini sepanjang Oktober lepas.

Datuk Bandar MBJB, Datuk Amran A Rahman berkata sepanjang tempoh tersebut juga sebanyak 382 iklan bunting, 182 sepanduk dan 1,079 iklan pelbagai jenis turut diturunkan.

“Iklan-iklan tersebut diturunkan atas pelbagai kesalahan seperti tidak mempunyai lesen iklan, tidak ada permit kebenaran menggantung dan diletakkan di jalan protokol atau tempat tidak dibenarkan,” katanya yang ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBJB, di sini, hari ini.

Amran berkata dalam masa sama, Jabatan Penguatkuasaan MBJB menerima sejumlah 21 aduan berhubung masalah kerosakan infrastruktur dan ia berjaya diselesaikan.

Beliau berkata sejumlah 3,936 kompaun turut dikeluarkan yang melibatkan kesalahan seperti halangan kenderaan atau premis di siar kaki, lorong belakang dan kaki lima, menjalankan perniagaan atau menjaja tanpa lesen serta mengadakan ubahan tambahan binaan tanpa permit.

“Sepanjang Oktober lepas, sebanyak 675 buah kenderaan turut dikenakan tindakan tunda dalam operasi halangan (tunda) kenderaan dengan 601 daripadanya sudah dituntut, semula.


“Bagi operasi sitaan pula, sebanyak 60 tindakan sitaan telah dijalankan melibatkan beberapa kesalahan seperti penjaja warga asing, perniagaan tanpa lesen, halangan di premis, iklan tanpa permit dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, menurut Amran, bagi kes demam denggi, sejumlah 1,553 kes telah dicatatkan setakat awal tahun hingga 1 Disember di kawasan pentadbiran MBJB.

Data tersebut menunjukkan penurunan sebanyak 1,356 kes jika dibandingkan 2,909 jumlah kes wabak yang dilaporkan pada tempoh yang sama pada tahun lepas, katanya. – BERNAMA

Kategori