Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Serangan Masjid Afghanistan, Angka...

KABUL - Angka korban akibat serangan di sebuah masjid di wilayah Herat barat...

Pencuci ‘Najis’ Penerima Sulung...

SINGAPURA - Seorang wanita Melayu dan ibu tunggal kepada lima orang anak, Noriza...

Operasi SAR Mula Guna...

KUCHING - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) nahas helikopter akan mula menggunakan alat...

Lembaga Disiplin PKR Panggil...

KUALA LUMPUR – Lembaga Disiplin PKR telah diminta menghubungi Menteri Besar Selangor, Amirudin...

4,076 Pulih, 11 Kematian, 3,585 Kes Baharu Covid-19

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,585 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan kumulatif kes positif jangkitan di negara ini mencecah 190,434 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 4,076 kes sembuh dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada wabak itu sebanyak 149,160. 

Katanya, daripada kes baharu itu, terdapat dua kes import individu pulang dari luar negara manakala selebihnya penularan tempatan.

“Kes aktif kebolehjangkitan ialah sebanyak 40,574 kes. Untuk kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 280 kes.

“Dukacita dimaklumkan terdapat 11 kes kematian dicatatkan hari ini menjadikan 700 kes kumulatif kematian setakat ini,” katanya dalam kenyataan media mengenai perkembangan harian Covid-19, hari ini.


Menurutnya, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,295 kes (36.1 peratus). 

“Daripada jumlah ini, sebanyak 73.2 peratus adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti Kuala Lumpur sebanyak 610 kes dan Johor sebanyak 516 kes,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 59 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di lokap, depot tahanan imigresen dan penjara. – myMetro Online

Kategori