Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tambah Baik Sekolah Sukan...

KUALA LUMPUR – Satu perbincangan antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kementerian...

Strategic Marine Lancar Bot...

KUALA LUMPUR - Strategic Marine, syarikat kejuruteraan dan pembinaan kapal, hari ini melancarkan...

Cabaran Malaysian Tigress Pada...

JAKARTA – Cabaran skuad hoki wanita negara pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 berakhir...

Siak Dipenjara 10 Bulan...

KUALA LUMPUR - Gara-gara memiliki sebuah kereta curi milik jemaah masjid, seorang siak...

400 Set Nasi Kandar RM1 Habis Licin

KUALA LUMPUR – Nasi kandar berlauk ayam goreng, tambahan sayur yang menyelerakan bersama aneka kuah kari serta pakej air sirap dengan pelanggan pula hanya perlu membayar RM1.

Itu promosi ditawarkan Nasi Kandar Line Clear (LC Restaurant), Kampung Baru, di sini, semalam sehingga diserbu ratusan peminat nasi kandar setempat.

Pengarah LC Restaurant, Salim Madinah berkata, belum pun sampai sejam sejak tawaran bermula 9.30 pagi, lebih 100 pinggan set nasi kandar RM1 terjual manakala sebaik lepas waktu tengah hari juadah promosi berkenaan sudah licin.

“Promosi ini dilakukan untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup. Hari ini kami memperuntukkan 400 pinggan promosi set nasi kandar berharga RM1.

“Selepas ini promosi diteruskan pada harga RM5.30 bagi set nasi kandar dengan air setiap Isnin dan Jumaat. Sebenarnya promosi setiap Jumaat kami lakukan sejak setahun lalu,” katanya.

Antara pelanggan terawal Mohd Fadli Abd Hamid, 23, berkata, dia tidak melepaskan peluang menikmati set nasi kandar pada harga RM1 selepas promosi itu tular di media sosial.

“Payah nak dapat set nasi termasuk ayam goreng, sayur, kuah yang sedap dengan air sirap pada harga RM1.


“Harap-harap promosi seumpamanya dapat diteruskan dan diikuti restoran lain,” katanya yang bekerja sebagai penghantar surat.

Pekerja pembersih Alam Flora Ragu Ananthan, 52, pula menyifatkan promosi demikian dapat mengurangkan kos makan hariannya.

“Oklah macam ini. Saya dapat makan kenyang dengan menu yang sedap dan cuma membayar RM1.

“Tambahan pula isteri saya tidak bekerja dan saya perlu menyara anak,” katanya. – myMetro Online

Kategori