4 Terbunuh Serangan Dalam Gereja

SAO PAULO – Sekurang-kurangnya empat jemaah sebuah gereja terbunuh selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah gereja di selatan bandar Campinas berhampiran Sao Paulo hari ini, lapor media tempatan.

Menurut polis dan pegawai perubatan, lelaki itu melepaskan tembakan menggunakan senjata jenis revolver dan pistol di dalam gereja terbabit yang turut mencederakan tiga yang lain sebelum membunuh diri. – AFP/BH ONLINE