Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Defisit Fiskal Bukan Lagi...

KUALA LUMPUR - Defisit fiskal tidak lagi menjadi kayu ukur buat kerajaan persekutuan...

Tabung Haji Lepas RM2.6...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) telah melepaskan pegangan ekuiti berjumlah...

Abu Sayyaf Bebaskan Tebusan...

Manila - Seorang bekas paderi warga Itali yang diculik oleh kumpulan militan di...

Penduduk Mahu Jamilah Teruskan...

LUNDU - Semakin banyak pembangunan akan dapat dibawa ke kawasan Dewan Undangan Negeri...

4 Pengedar Dadah Antara 105 Ditahan Di Kg Bangau-Bangau

SEMPORNA – Empat pengedar antara 105 individu yang ditahan polis atas kesalahan dadah dalam serbuan di sarang penagih di Kampung Bangau-Bangau di sini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata Ops Sarang yang bermula 5.30 pagi semalam hingga 2.30 petang tadi melibatkan 54 pegawai dan 233 anggota daripada semua elemen khas polis.

Selain merampas dadah dipercayai jenis syabu dengan nilai keseluruhan kira-kira RM15,700, polis turut menyita selaras senjata api dan lapan butir peluru hidup daripada seorang lelaki berusia 55 tahun yang memilikinya tanpa lesen, katanya kepada pemberita di sini.

“Turut ditahan 24 pendatang asing tanpa izin terdiri daripada seorang wanita dan 23 lelaki berumur lingkungan 20 hingga 40-an,” katanya lagi.

Zaini berkata Ops Sarang akan diteruskan secara agresif dan pihaknya akan menggempur sarang penagih dadah di kawasan lain secara berfasa.

“Orang awam antara penyumbang maklumat penting diperlukan polis bagi menggempur sarang penagih dadah di Sabah,” katanya . – BERNAMA

Kategori