Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

MOTAC Beri 40 Peratus...

KUALA LUMPUR : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memberikan diskaun pembayaran kompaun...

Vietnam Masih Siasat Pasport...

HANOI - Vietnam sedang menyiasat maklumat berkaitan seorang wanita menggunakan pasport negara itu...

Tiada Virus Serotip Baharu...

PUTRAJAYA - Tiada virus serotip baharu bagi demam denggi ditemui dan kemungkinan wujudnya...

Penjaga Rumah Urut Didakwa...

IPOH - Seorang penjaga rumah urut didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari...

4 Negeri Catat Kadar Pendaftaran Terendah Vaksinasi

KUALA LUMPUR – Empat negeri iaitu Sabah, Kelantan, Pahang dan Terengganu merekodkan kadar pendaftaran terendah bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), setakat kelmarin.

Berdasarkan statistik dipaparkan di laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), Sabah mencatatkan peratusan terendah pendaftaran vaksinasi iaitu 42.9 peratus dengan setakat ini, 1,182,703 penduduk dewasa sudah berdaftar.

Ia diikuti Kelantan yang mencatatkan 64.5 peratus atau 796,795 penduduk berdaftar, Pahang dengan 79.5 peratus (934,493) dan Terengganu pada kadar 79 peratus (683,240).

JKVAV turut memaklumkan, setakat ini jumlah pendaftaran sudah mencapai 20,885,218 orang di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 13,816,971 penduduk sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 di 705 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.

Sementara itu, terdapat lima negeri yang kini menghampiri pendaftaran vaksinasi pada kadar 100 peratus, sebagaimana kejayaan direkodkan di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Selangor.

Di Johor, kadar pendaftaran mencapai 96.8 peratus iaitu merangkumi 2,636,283 penduduk dewasanya, diikuti Melaka dengan 95.5 peratus (647,045 penduduk); Pulau Pinang merekodkan 93.9 peratus (1,284,343 penduduk); Labuan mencapai 93 peratus (63,713 penduduk); dan Perlis dengan 91.3 peratus (165,434 penduduk).


JKVAV turut menunjukkan, situasi di beberapa negeri yang masih merekodkan kadar vaksinasi dos pertama yang rendah iaitu kurang daripada 30 peratus.

Enam negeri itu adalah Sabah, Kelantan, Kedah, Terengganu, Pahang dan Johor.

Setakat ini cuma 21.6 peratus atau 842,320 penduduk dewasa di Sabah sudah menerima dos pertama, diikuti 22.8 peratus atau 434,107 penduduk di Kelantan.

Negeri ketiga yang merekodkan kadar dos pertama masih rendah adalah Kedah iaitu 26.5 peratus atau 577,874 penduduk, Terengganu dengan 26.9 peratus (338,369), Pahang pula 29.1 peratus (488,855) dan Johor sebanyak 29.4 peratus (1,111,660).

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebelum ini berkata, pihaknya menaruh keyakinan bahawa 40 peratus daripada keseluruhan penduduk di Malaysia akan menerima suntikan imunisasi lengkap, menjelang 31 Ogos ini. – BH Online

Kategori