Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelbagai Jenis Mercun Dirampas...

BESUT - Seorang operator kilang ditahan bersama mercun bernilai RM8,000 dalam serbuan di...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini apabila para...

Sikap Berdiam Diri SPRM,...

SHAH ALAM – Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan sikap berdiam diri Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Video: Pakwe Sengal Ni...

Rasanya semua orang akan lari lintang pukang bila nampak buaya ganas berada hampir dengan mereka.Kecuali...

4 Lelaki Didakwa Bunuh Bekas Pengarah MARDI

KUALA LUMPUR – Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini atas tuduhan bunuh bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr Wan Hassan Wan Embong dalam kejadian samun di rumahnya, pada 29 November lalu.

S Vickeswaran, 22, P Kogilan dan M Ravindran masing-masing berumur 23 tahun dan T Sugu, 27, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Wan Hassan, 73, di Jalan Mambu, Bukit Bandaraya di sini, antara 3.35 pagi dan 4 pagi, 29 November lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar sementara kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.


Chai Sia menetapkan 9 Mac tahun depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik.

Media sebelum ini melaporkan, mangsa maut akibat ditetak dalam kejadian samun di rumahnya, manakala isterinya, Sarifah Yusof, 70, cedera akibat ditetak dengan parang di tangan kanan.

Mangsa dipercayai cuba melawan dua lelaki tidak bertopeng yang memecah masuk melalui tingkap bahagian dapur banglo dua tingkat itu. – BERNAMA

Kategori