Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Azmin Tidak Perlu Bercuti...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, Datuk Seri...

EU Lulus Undang-Undang Hak...

STRASBOURG, Perancis – Parlimen Eropah semalam meluluskan rang udang-undang kontroversi Kesatuan Eropah (EU)...

Pengunduran Tentera AS: Israel...

BAITULMAQDIS - Israel akan meningkatkan serangan terhadap kumpulan pro Iran di Syria, selepas...

Nak Lontar Kata Kesat,...

NAMA pelakon ini terus melonjak naik seperti roket selepas kontroversi 'drama' putus cinta...

4 Langkah Mudah Miliki Kulit Wajah Cantik Mulus!

MEMILIKI kulit yang kelihatan cantik, berseri dan putih sememangnya menjadi dambaan setiap wanita.

Yalahhh… Siapa yang tidak mahu nampak cantik kan? Tetapi majoriti daripada mereka tidak tahu apa yang patut dilakukan.

Okay… Di sini kami ingin kongsikan tips dan langkah mudah untuk memiliki kulit cantik serta berseri seperti yang diidam-idamkan!

1. Masker putih telur

Ini merupakan salah satu trend kecantikan di Korea Selatan yang mana mana rata-rata gadis di sana begitu menggilai masker putih telur. Kaedah ini dipercayai berkesan merawat serta mengecilkan liang pori selain bantu menghaluskannya.

Cara penyediaannya sangat mudah, pecahkan telur dan asingkan antara telur kuning dengan putih. Kemudian, ambil putih telur sahaja dan sapukan pada wajah. Selepas itu biarkan dalam jangka masa lebih kurang 20 minit dan bilas dan bilas menggunakan air bersih.

2. Masker susu atau yogurt

Selain putih telur, masker yang diperbuat daripada susu atau yogurt juga mampu menghaluskan kulit wajah dengan cepat dan mudah. Bukan sahaja menghaluskan bahkan ia juga mampu mencerahkan kulit dan mengecilkan liang pori pada wajah.

Cara penyediaan pun mudah, tak serumit mana. Anda hanya perlu sapu masker susu atau yogurt tersebut pada wajah dan biarkan selama 25 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Ha mudah sangat kan!

3. Jus Lemon

Buah lemon mengandungi vitamin C dan antioksidan yang baik untuk menjaga kecantikan kulit. Bukan itu sahaja, malah ia juga mengandungi enzim yang dapat membantu wajah untuk menjadi halus dan lembut.


Jadi, bagi mereka yang mengalami masalah kulit kasar, kering dan berpori besar disarankan untuk untuk perah buah lemon dan kemudiannya oleskan jus ke seluruh muka selama 15 minit.

4. Masker Madu

Madu adalah cecair istimewa yang mempunyai banyak manfaat dan bernilai jual tinggi. Malah, madu juga adalah salah satu bahan yang paling banyak digunakan untuk kecantikan wajah.

Bahan semula jadi tersebut bahan efektif yang dapat bantu menghaluskan kulit, mengecilkan liang pori serta menjadikan kulit tegang secara semula jadi.

Anda hanya perlu sapukan madu pada wajah selama 20 minit dan kemudiannya bilas dengan air sehingga bersih!

Semudah ABC kan? Tidak perlu menjalani sebarang pembedahan yang mahal dan cucuk sana sini!  Dengan bahan semula jadi pun boleh kelihatan cantik. Jadi tunggu apa lagi? Selamat mencuba! – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori