Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nokia Lancar Telefon Pintar...

BARCELONA - Finnish Nokia bakal melancarkan telefon mudah alih baharunya di Barcelona minggu...

Imam Rebah, Meninggal Dunia...

SEGAMAT - Imam 1 Masjid Jamek Kampung Sermi di sini, Mohd Razif Hussin,...

Kerusi Parlimen Untuk Anwar...

KUANTAN - Pengosongan kerusi Parlimen bagi memberi laluan kepada Presiden PKR (yang dipilih)...

New Delhi Keluar Arahan...

NEW DELHI – Pihak berkuasa New Delhi mengarahkan separuh daripada kakitangan kerajaan untuk...

4 Budak Lelaki Lari Dari Rumah Perlindungan Taman Bakti

KEPALA BATAS – Polis sedang mengesan empat kanak-kanak lelaki yang telah melarikan diri daripada Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Taman Bakti, di sini dalam kejadian Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata kehilangan empat kanak-kanak lelaki berusia sembilan hingga 12 tahun itu disedari oleh petugas di rumah perlindungan berkenaan yang membuat pemeriksaan pada pukul 10 malam sebelum membuat laporan polis.

“Berdasarkan siasatan, empat kanak-kanak berkenaan telah melarikan diri dengan keluar melalui tingkap bilik asrama mereka,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata empat kanak-kanak itu telah tinggal di rumah perlindungan itu antara 2012 hingga 2017 dan mereka ditempatkan di situ disebabkan oleh pengabaian keluarga.

Noorzainy berkata petugas rumah perlindungan itu dan pihak polis telah melancarkan operasi mencari serta mengesan mereka, namun sehingga hari ini masih belum ditemui.


Katanya semua pihak bimbang keselamatan empat kanak-kanak itu dan berharap mereka dapat ditemui dengan segera.

“Polis memohon kerjasama masyarakat yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan mereka agar menghubungi talian penting Ibu Pejabat Polis Daerah SPU di talian 04-5762222 atau mana-mana Balai Polis berhampiran,” katanya sambil menambah kes itu disiasat di bawah Seksyen 63 Akta Kanak-Kanak 2001. – BERNAMA

Kategori