Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Nasib Tiong Kim Masih...

KUALA LUMPUR – Kedudukan Lim Teong Kim selaku Pengarah Akademi Bola Sepak Mokhtar...

MH17: Waris Mahu Keadilan...

SEPANG - Waris mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak...

Petugas Protokol Minta Syed...

SELEPAS kontroversi membabitkan bekas pegawai akhbar sementara Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq...

PM Australia Tony Abbott...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Australia Tony Abbott, yang dalam rangka lawatan rasmi pertama...

4 Individu Dikenal Pasti Sebar Berita Palsu Koronavirus

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu mengenai koronavirus.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, polis dan SKMM tidak akan bertoleransi berikutan berita tidak benar boleh menimbulkan kekecohan dan kemudaratan kepada kestabilan negara.

“Pemantauan mendapati media sosial dan pesanan dalam talian telah menjadi platform utama penyebaran berita tidak benar mengenai koronavirus Wuhan.

“Penyebar berita palsu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya,” kata kenyataan itu.

Selain itu, pendakwaan turut boleh dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.


Menurut kenyataan itu lagi, setakat ini, polis dan SKMM telah mengenal pasti empat individu untuk membantu siasatan penyebaran berita palsu berkaitan koronavirus berasal dari wilayah Wuhan, China itu.

“Orang awam digesa menyemak terlebih dahulu maklumat mengenai koronavirus Wuhan terutamanya maklumat selain daripada pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sila rujuk sumber rasmi KKM (www.moh.gov.my) atau badan kesihatan antarabangsa (www.who.int) bagi mendapatkan maklumat tepat dan sahih mengenai koronavirus Wuhan,” katanya.

Kategori