Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tiada Bukti Kukuh Wujud...

SEMPORNA - Tiada ancaman secara langsung dan bukti kukuh wujudnya elemen militan negara...

Umur Persaraan: Menteri Digesa...

1. Kerajaan Pakatan Harapan akan meneliti cadangan untuk meningkatkan had umur bersara mandatori...

Rumah Impian Bangsa Johor...

JOHOR BAHRU - Projek Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim, yang juga...

Erdogan Sah Menang Pilihan...

ISTANBUL - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden,...

4 Didakwa Bawa Ayam Naik Bas Ekspres

JOHOR BAHRU – Seorang anggota bomba antara empat individu didenda masing-masing RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah atas pertuduhan mengangkut 13 ekor ayam jantan menggunakan bas ekspress tanpa permit April tahun lalu.

Majistret Nurasidah A. Rahman menjatuhkan hukuman itu selepas Orang Kena Saman (OKS), anggota bomba Fauzi Yazid, 47, Nik Nurilham Muhamad@Afandi, 41, Mohd. Zulhilmi Amzar Zuhaimi, 27, dan Raja Alfaisal Raja Azlan, 27, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Mahkamah turut memerintahkan kesemua OKS membayar kos penjagaan dan rawatan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor (JPVNJ) ke atas Nik Nurilham sebanyak RM706.04 dan Raja Alfaisal serta Fauzi masing-masing sebanyak RM109.51.

Mengikut kertas pertuduhan, pemilik ayam, Nik Nurilham didakwa memindahkan tujuh ekor ayam hidup, Mohd. Zulhilmi empat ekor ayam mati dan Raja Alfaisal serta Fauzi masing-masing seekor ayam hidup menggunakan bas ekspres.

Kesalahan itu didakwa kerana memindahkan 13 ekor ayam tanpa memiliki perakuan kebenaran bertulis daripada Pengarah JPVNJ.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Platform B, Terminal Larkin Sentral, Johor Bahru pada pukul 11.20 pagi, 7 April 2018.

Bagi perbuatan itu, mereka dituduh mengikut Perenggan (a) Perintah Kawasan Kawalan Penyakit Flu Unggas (selesema burung) Negeri Johor 2005 yang memperuntukan hukuman denda sehingga RM15,000, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Pegawai Pendakwa JPVNJ, Mohd. Faiz Ajiss, meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada semua OKS.

“Tindakan keempat-empat OKS memindahkan 13 ekor ayam hidup daripada Kelantan sedangkan kerajaan negeri berkenaan sudah mengeluarkan warta Kawalan Penyakit Flu Unggas termasuk ayam adalah tidak bertanggungjawab sekali gus meningkatkan risiko penyebaran penyakit selesema burung di sepanjang laluan bas ekspres dari Kelantan ke negeri ini,” katanya.

Mahkamah turut memerintahkan kesemua OKS menjalani hukuman penjara tiga minggu sekiranya gagal membayar denda berkenaan selain ayam tersebut diserah kepada JPVNJ untuk dilupuskan. – K! ONLINE

Kategori