Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kejam! Tikus Direbus Hidup-Hidup...

SEBUAH restoran di China dirakam melakukan penganiayaan terhadap tikus dengan merebus haiwan itu hidup-hidup...

Muhyiddin Tidak Gugat Kekuatan...

HULU SELANGOR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Bot Karam, Enam Warga...

JOHOR BAHRU - Enam lelaki warga Indonesia nyaris lemas apabila bot tunda dinaiki...

Keikhlasan Kerajaan S’gor Selesai...

SEPANG - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar mempersoalkan keikhlasan...

4 Beranak Kayuh Basikal 12 Jam Pulang Beraya

SABAK BERNAM – Empat beranak mengayuh basikal sejauh 107km untuk pulang beraya meraikan Aidilfitri di Kampung Tebuk Haji Harun, Sapintas di sini.

Keempat-empat mereka ialah, Abdul Rahim Abdul Mahmudin, 55, isterinya, Norazarizah Ahmad Zahri, 46 dan dua anak perempuan mereka, Norfathanah Abdul Rahim, 14, dan Norfasihah Abdul Rahim, 12.

Selain empat beranak itu, rakan sekampungnya, Raja Hassan Raja Bahrin, 41, turut mengayuh basikal bagi mengiringi perjalanan empat beranak terbabit.

Abdul Rahim berkata, kayuhan bermula dari Kampung Perepat, Klang itu memakan masa selama 12 jam untuk sampai ke destinasi.

“Kami memulakan kayuhan pada jam 8 pagi hari raya kedua (Khamis) dan sampai di kampung pada jam 8 malam hari sama.

“Menariknya, kami sempat singgah beraya di rumah rakan sepanjang laluan di Tanjong Karang dan Sekinchan,” katanya.

Menurutnya, orang ramai memberikan sambutan luar biasa apabila mereka membunyikan hon dan mengucapkan selamat hari raya.

“Malah ada yang berhenti merakam gambar kenangan dan bersalaman dengan kami,” katanya yang pulang berkayuh semula ke Klang dengan berbasikal pada raya keempat.


Menurutnya, idea berbasikal balik kampung itu timbul daripada minat keluarganya yang gemar aktiviti sihat itu.

“Laluan pulang ke Sabak Bernam yang masih dalam proses naik taraf dan pembinaan selalunya sesak terutama pada musim perayaan,” katanya.

Ujarnya, kayuhan julung kali itu juga sebagai menyahut seruan kerajaan mengamalkan gaya hidup sihat, membina jati diri, kekuatan fizikal dan mental keluarga.

“Kita juga hendak sampaikan mesej kepada masyarakat mengurangkan kesesakkan lalu lintas dan mengurangkan pencemaran bahan bakar karbon,” katanya. – Sinar Harian

Kategori