3,752 Sembuh, 12 Kematian, 1,924 Kes Baharu Covid-19

KUALA LUMPUR – Kes positif Covid-19 menurun dengan 1,924 kes baharu direkodkan setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 293,698 kes.

Menurutnya, sebanyak 3,752 kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 263,761 kes.

“Sebanyak 12 kematian lagi direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,100 kes.

“Jumlah kes aktif sebanyak 28,837 kes dengan 205 kes masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU),” katanya hari ini.

Katanya, seramai 91 pesakit masih memerlukan bantuan pernafasan di hospital Covid-19 seluruh negara. – myMetro Online